Newly Wed Zulhazwan and Farhana
Koi 11.15 pagi, Irsyad sampai kat umah aku. Kami nak pi kenduri kahwin Zulhazwan kat Padang Serai. Irsyad dok sembang-sembang sat, koi 11.35 pagi kami bertolak pi ke Padang Serai, naik highway Alor Setar Selatan. Koi 12.32 tengah hari, keluaq kat Plaza Tol Sungai Petani Selatan. Pastu puas la cari jalan, tera nak jumpak tu nak kena tanya orang tempatan gak la.

Kami sampai di rumah pengantin koi 1.30 tengah hari. Rumah dia ni kat Taman Ria, Padang Serai, sebelah stesen minyak Shell. Kat rumah kenduri, jumpak Rasydan, Shidi, Rushdi, Syamrie, Naim ngan Hadi Awang. Rumah Hadi dekat sebelah taman ni ja, Taman Mahsuri.

[Banner Raja Sehari]

[Suasana majlis kenduri]

Pasangan pengantin segak berbaju hijau, depa baru lepas menjamu selera ja. Sempat la bergambar kejap. Pastu ada persembahan nasyid pulak.

[Ghesang kat songkok tu cam Yang Di-Pertuan Agong]

[Layan tetamu]

[Penat tapi dah kenyang]

[Hehe, seronok ka?]

[Sama segak, sama padan]

[Kumpulan Al-Masri. Emm, beranak kat Mesir ka?]

Waktu geng nasyid tu berenti rehat, ada slot temu ramah pengantin ngan Cik Dah pulak. Cik Dah ni salah seorang DJ Radio Kedah FM. Sakan depa sembang, hadirin semua pakat gelak. Emm, dia la. Diceritakan En. Zul kita ni baru kenai ja dengan pengantin perempuan ni, waktu bulan Ramadhan aritu. Mak ayah Farhana tu terpikat dengaq tazkirah dia bagi sedap sangat, sampai teringin nak ambik buat menantu. Akhirnya termakbul. Tahniah tahniah!

["Bila dah leh ngorat mak ayah, senang la nak berkira,
tak gitu Che Dah?" - Zul]


["Emm, sembang-sembang pun, tangan bini tak lepas gak no!
Tak pa, dah jadi hak kita dah kan" - Che Dah]

Menu kenuri arini nasi tomato, nasi hujan panas, nasi putih, ayam masak merah, dalca ngan acar. Ada ayaq oren ngan ayaq sirap. Menu sampingan pulak ada bihun sup ngan laksa.

[Panas sungguh, sambil makan pun dibasahi peluh]

Koi 2.20 petang, aku ngan Irsyad bertolak balik, singgah sembahyang kat Surau An-Nur, surau taman ni la. Pastu pederaih balik la, kali ni naik highway Sungai Petani Utara. Sebelum masuk highway, singgah kedai tepi jalan jap, beli jagung kukus. Haha.

Sampai kat umah aku tepat koi 4.00 petang. Irsyad singgah jap, sembang-sembang dalam bilik aku. Koi 4.40 petang, Irsyad pun beransur, ada lokasi lain lagi dia nak pi. Terima kasih sebab teman aku pi kenduri arini.

Selamat pengantin baru buat pasangan Zulhazwan Ismail dengan Farhana Azwani, moga bahagia selamanya. Aamin. Nak ucap selamat pengantin baru gak buat dua lagi pasangan pengantin siswa siswi Mesir iaitu pasangan Ustaz Shauqi Ibrahim dan isteri (tak tau nama, katanya siswi Iskandariah) dan juga pasangan Muhammad Abdul Hadi Ishak, mantan AJKT Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dan Nuurul Eiffah Mohamad Noor. Ketiga-tiga pasangan ni buat kenuri kahwin arini, tapi aku sempat pi satu kenduri ja. Ramai sungguh kawan aku nikah kali ni...

Arini genap 5 tahun aku menjejakkan kaki kat bumi Mesir (hmm, lama dah...).
0 Responses

Post a Comment

  • Akulah aku



    Mohd Fairuz Mohammad
    Jalan Kuala Kedah,
    Alor Setar,
    Kedah Darul Aman.



    E-mel: furud85@yahoo.com

    No. Telefon:
    Malaysia +60134383785
    Mesir +20114665326





    Dah mula kira...


    Nak nyembang?


    Berapa ramai dah?

    Statistik pelawat sejak 28/09/2009:
    widgeo.net

    Mai dari mana?

    Statistik negara pengunjung sejak 04/11/2009: free counters